Monday, December 21, 2009

SERIKIN... SYURGA MEMBELI BELAH...

Gerai yang terdapat di pasar Serikin

Sudah empat hari aku berada di rumah mertua aku di Kuching, Sarawak.  Hari kedua aku berada di sini aku sudah pergi ke tempat membeli belah kegemaran ku, bukan saje aku malahan aku rasa sesiapa saja yang pernah sampai ke Sarawak dan tahu tempat ni, pasti tidak lepas kan peluang nak pergi ke tempat syurga membeli belah... hhehehehe promote tu. Serikin nama tempat tu, hanya dibuka pada setiap hari sabtu dan Ahad (separuh hari)  sahaja.

 

Tengah memilih seluar 'jeans' yang mana berkenan.

Aku pergi ke tempat ni bukan apa, perkara yang wajib aku beli...... seluar 'jeans' sebab dekat sini habis 'jin' menjual dengan harga yang murah-murah. Kualiti yang sama dengan yang original gerenti puas hati. Sebabnya ia dikilangkan di Indonesia dan untuk pasaran Indonesia di jual di Malaysia. Bayangkan Levis 505 dijual dengan harga RM 32 sahaja, manakala jenama lain seperti BMW, BOSS, FERRARI, MERCEDEZ BENZ di jual dengan harga RM60 ke RM80... pe lagi borong sakan... tetapi hati-hati rakan-rakan kalau mau membeli belah di sini... takut tertipu, sebab barang tidak bole ditukar... Kalau mahu pergi ke sini jangan lupa bawa rakan-rakan kita yang memang asal dari Sarawak...boleh tawar menawar silap hari boleh dapat lagi murah. Selain dari dari pakaian terdapat juga barang dapur serta barang keperluan lain termasuk juga tikar Sarawak yang menjadi kegilaan kaum-kaum hawa dari semenanjung... tapi ingat berhati-hati jangan sampai tertipu kerana orang-orang dari Indonesia juga ada menjual tikar ,hahaha silap hari bulan beli tikar Indon...bukan dari Sarawak.

 

Pasar tamu Serikin

Jadi pendek kata...segala yang anda inginkan ada di sini, kalau rakan-rakan datang berkunjung ke Sarawak jangan lupa pergi ke Serikin, rakan-rakan boleh membeli-belah di sini, tapi jangan sampai poket rakan-rakan kosong terlebih belanja... kalau tidak percaya..tanya rakan-rakan yang pernah datang ke sini..

CUTI-CUTI MALAYSIA 

Sunday, December 6, 2009


khasiat lobak....

 NAMA VERNAKULAR: Lobak merah

NAMA SAINS : Daucus carota

Lobak merah merupakan sayur yang mempunyai banyak khasiat .Lobak merah mengandungi beta carotene, vitamin B dan C , alpha carotene, klasium, dan potasium . Ia adalah baik untuk menguatkan sistem pertahanan badan untuk melawan peyankit. Ia juga meningkatkan pertumbuhan sel-sel- baru dan membuang toxic dalam badan .
Jus lobak merah boleh dijadikan sebagai minuman dan ia juga digunakan untuk baiki keadaan kulit kita. Lobak merah adalah amat berguna untuk mengurangkan masalah sakit jantung , diarrhea , dan juga mengatasi selsema iaitu dengan membentuk antibodi dalam badan.

Selain itu Lobak Merah juga kegunaannya memanaskan badan. Ia juga melancarkan aliran haid dan air kencing.


LOBAK PUTIH.

Lobak putih juga dikatakan mengandungi kandungan khasiat yang tinggi dan sering dikaitkan dengan mereka yang mengalami masalah penghadaman. Masalah perut meragam sering kali berlaku akibat ketidakhadaman makanan dan ia bukan sahaja menyakitkan tetapi turut menyebabkan seluruh badan terasa tidak selesa.Salah satu kaedah dalam perubatan tradisional untuk mengubati masalah perut meragam ialah dengan menggunakan lobak putih.

Selain daripada masalah ketidakhadaman makanan, lobak putih juga baik dimakan oleh mereka yang menghidap bronkitis, sakit tenggorok, asma, batuk dan selesema.Ia bertindak menentang bakteria, menguatkan limpa serta mempunyai kesan-kesan antipiretik. Berasal dari keluarga crucifera, lobak putih juga sesuai dimakan sebagai ulam terutamanya di kalangan mereka yang mengalami masalah kencing tidak lawas.

Di sini juga saya nak kongsi sedikit tips untuk buat sup lobak putih. Dikatakan Sup ini adalah baik untuk kesihatan buah pinggang….dan juga untuk ibu2 yg menyusukan anak…
Cara-caranya mudah sahaja…

1. Hiris bawang merah , bawang putih dan halia. Tumis dalam minyak yang sedikit.
2. Masukkan 3 cawan air dan rangka ayam.
3. Biar ia mendidih selama 15 minit. Masukkan serbuk pati ayam dan garam.
4. Akhir sekali, masukkan lobak putih yang telah dihiris bulat.
5. Biar ia mendidih sebentar dan boleh dihidangkan.
6. Boleh dihias dengan daun bawang dan daun sup dan tabur bawang goreng semasa menghidang

RUMPUT DAN KASIH SAYANG...

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar.  Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.  Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?.  Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh.  Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke  padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga.  Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu,  pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali.  Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok.  Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.
 
Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya.  Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.
 
Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik.  Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi..  Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik.  Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya.  Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu.  Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya.  Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku.  Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang.
Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang
menggugat perhubungan tersebut.
  Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi.
KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi.  Maka sayangilah orang yang berada di depan kita
dengan tulus dan ikhlas.

SAYANGILAH MEREKA YANG TERSAYANG!!!

Renung-renungkanlah .....

Sunday, November 15, 2009

Impian kan jadi kenyataan....


yang dikagumi....

 

yang ku minati....

Ya...dua pemain bintang antara yang terhebat di dunia... bukan kerana aku peminat fanatik kelab Liverpool.. tetapi itu la dia... dua pemain yang menjadi nadi kepada pasukan ini... aku akui..aku bukan peminat kelab MU yang mana peminat kelab ini terlalu ramai, dari usia yang tua hingga ke kanak-kanak yang baru berkata-kata jika di tanya...MU la jawapannya... aku juga bukan peminat Chelsea dan juga Arsenal. Kelab yang aku minati sejak dari kecil lagi dan tidak pernah aku beralih ke kelab lain hingga kan pernah suatu masa dulu aku mahu bermain dengan kelab yang melahirkan Kenny Daglish, Kaven Keegan, Gramme Souness, Ian rush, Michel Owen dan ramai lagi, tidak lupa juga pemain yang amat-amat aku kagumi sekarang dengan kesungguhan dan kepimpinan yang tinggi kalau tidak bukan Stevan Gerrad.
Tapi bukan itu yang akan aku perkatakan pada ruang ini... tetapi bilakah Malaysia akan melahirkan pemain-pemain seperti ini, seperti Rooney, Kaka, Ronaldhinio, Buffon, Henry dan bintang-bintang di Asia seperti Park Ji Sung, Nakata yang mengharumkan nama Asia. Ntah bila..Piala Dunia bawah 17 tahun yang berlangsung di Nigeria sudah masuk ke separuh akhir dan telah aku ikuti sejak mula lagi... jika dibandingkan mutu permainan pemain kita dengan negara yang layak di Piala dunia peringkat umur ini , jauh panggang dari api... dimana kah silapnya kita... dimanakah silapnya Malaysia... entah bila aku akan dapat melihat pasukan Malaysia Di Piala Dunia ( world cup)......

Sunday, November 1, 2009

SANTAI SEBENTAR.....

TAHUKAH ANDA

1. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudian dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api yang bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas bagi pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. sebuah kereta yang dipandu 220km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40km/j sekiranya kenderaan-kenderaan tersebut dipandu arah yang bertentangan.

4. Tahukah anda dalam bahasa Inggeris dan bahasa Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filen La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960.Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

Wednesday, October 28, 2009

'Ayahku'


SIAPA tidak kenal Prof Hamka?! Tokoh ilmuwan agung Indonesia. Beliau seorang ilmuwan Islam yang menguasai berbagai bidang; tafsir, fekah, sejarah, politik bahkan sastera. Kebanggaan umat Nusantara.
Karya-karyanya menjadi bacaan dan rujukan termasuk di negara kita ini. Bahkan bukan sedikit pula yang memperolehi Ph.D kerana mengkaji karya-karyanya, khususnya Tafsir al-Azhar karangan beliau yang terkenal.
Beliau seorang ilmuwan dan pemikir yang telah mengukir sejarah emas bagi dirinya. Manfaat dari perjuangan ilmunya dirasai oleh umat Islam di seluruh Nusantara.
Seperti mana kebanyakan tokoh yang berjasa, mereka dikecam atau dimusuhi oleh pihak-pihak yang berkepentingan semasa hayat mereka, namun akan dikenang apabila mereka meninggal.

Ramai yang tidak mengetahui sejarah perjuangan beliau dan ayahnya Haji Rasul. Pernah dituduh kafir, sesat, wahabi, kaum muda dan berbagai lagi.
Ini adalah resam kelompok yang menjaga kepentingan mereka, bimbangkan gerakan pembaharuan. Mereka bimbangkan kedudukan, aliran, jawatan, kepentingan dan pengaruh mereka hilang.
Saya cadangkan pembaca membaca buku karangan Prof Hamka yang sekarang sudah ada di pasaran kita yang berjudul ‘Ayahku’. Antara dalam buku berkenaan Prof Hamka mencerita bagaimana ‘ulama-ulama tua’ (istilah digunakan Hamka) menentang kedatangan ayahnya ke Tanah Melayu pada tahun 1916.
Kedatangan ayahnya ditentang oleh mufti-mufti Tanah Melayu. Hamka memetik kata-kata ayahnya: “Menjadi mufti dalam kerajaan-kerajaan melayu itu sangatlah megahnya. Memakai pakaian rasmi yang pakai polet, berpisang sesikat di bahu, jubah berukir-ukir benang emas, dan serban dari sutera dan berkereta sendiri. Rakyat pun sangat takut dan taat, sisanya dimakan, sepah sirihnya dikunyah, dan kalau beliau ingin hendak kahwin bismillah”.
Seterusnya Prof Hamka mengulas: “Sebelum beliau datang telah keluar fatwa Syeikhul Islam (gelaran mufti-pen) itu menyatakan bahawa akan datang ke mari seorang ulama yang sesat lagi menyesatkan, wahabi, kaum muda, tidak percaya kepada ulama-ulama dan keluar dari mazhab Syafi’i. (m.s 160). Prof Hamka menceritakan: “Bahkan seketika terjadi pertemuan ulama Sumatera-Malaya yang diadakan Jepun pada tahun 1943 di Singapura, sengaja beberapa orang ulama Singapura menemui kami sebelum ke perjumpaan di mulai, menyatakan bahawa sekali-kali jangan dibawa ke mari fahaman-fahaman yang keluar dari Mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah dan keluar dari Mazhab Syafi’i. Ketika ada kawan-kawan yang nakal memberitahu bahawa saya anak Haji Rasul, mata ulama itu ‘melotot’ serupa biji rambutan melihat saya dan saya pun jadi nekad pula sebagai mana nekadnya ayah saya. Takut benar ulama-ulama di sana pada waktu itu bahawa Mazhab Syafi’i akan berubah lantaran Kaum Muda Sumatera atau Muhammadiyyah di Jawa...alangkah sempitnya, perkara pakaian pun mereka kaitkan dengan mempertahankan berfikir dalam satu mazhab…tidak hairan, sebab feudalisme raja-raja di sana sebagai raja Islam, bersandar kepada ulama kolot yang mengutamakan taklid kepada ulama supaya rakyat taat kepada ulama, ertinya kepada raja, erti kepada Inggeris!” (m.s. 162).
Hasil perjuangan gerakan yang dituduh ‘kaum muda’ itulah yang membebaskan kejumudan pemikiran, kezaliman terhadap wanita oleh mahkamah syariah di Indonesia ketika itu.
Dalam buku berkenaan Hamka telah menceritakan kesempitan pandangan golongan agama yang jumud sehingga menyiksa wanita dalam kes-kes penceraian. Di bawah tajuk Nikah Si Kani (m.s. 171), Prof Hamka menceritakan perjuangan mereka menghadapi golongan pemikiran sempit. Namun, adat pejuang berbagai tuduhan dan fitnah dihadapi oleh ayahnya dan perjuangan mereka.
Kalimat ‘wahabi, kaum muda, keluar mazhab, sesat, kafir dan berbagai lagi menjadi mainan ulama-ulama ‘lama’ ketika itu dalam menghadapi gerakan tajdid dan pembaharuan oleh Prof Hamka dan ayahnya.

Tuesday, October 27, 2009

Angan Ku....




 

 

Ini adalah salah satu minat aku. Dari kecik sampai sekarang.Cuma buat masa ni kemampuan ku untuk memiliki superbike masih lagi angan-angan. namun peluang aku untuk menikmati keindahan reka bentuk motosikal berkuasa tinggi tidak pernah aku lepaskan. Baru-baru ni aku berpeluang untuk pergi ke moto gp...
pe lagi dengan bantuan rakan-rakan.... snap sana snap sini... tu dia...
ada banyak lg... 
 
Aku masa kat litar sepang ni dah macam orang gila bila tengok macam-macam jenis motor. Dari superbike, scrambler hingga ke easyrider...Pergh... panas terik masa tu pun tak terasa. Alih-alih dah habis semua tempat aku dah ronda... Dalam masa yang sama, dapat gak berkenalan dengan peminat-peminat dan penunggang-penunggang motosikal berkuasa besar.
 
Lepas melawat gerai-gerai pameran masa untuk melihat aksi penungang bertaraf dunia beraksi mempamirkan kehabatan masing-masing. Paling aku kagum ialah penunggang negara yang tak mahu kalah mempamirkan semangat juang yang tinggi. Walaupun xdpt tempat yang terbaik, tetapi kedudukan ke 16 dan ke 20 dari 30 penunggang bertaraf dunia boleh membanggakan... tabik kepada anda berdua.... teruskan semangat Malaysia Boleh!!!....