Wednesday, February 24, 2010

KEPOMPONG DAN TEMPURUNG...

Dua perkataan yang berbeza...tetapi kalau dicari dan direnung dalam-dalam dan dilihat akan fungsinya boleh dikatakan mempunyai persamaan. Seperti kehidupan, kalau kita asyik hidup di dalam kepompong dan juga dalam tempurung kita sendiri.. apa akan jadi, kita akan ketinggalan dan dunia pemikiran kita hanya ada pada persekitaran kita yang sempit otak buntu jadi dungu. Tidak tahu bagaimana mahu membuka minda dan yang semakin dihimpit...dan menghimpit. rasa selesa dengan kepompong sendiri, selesa di dalam tempurung sendiri. tapi apa yang boleh dapat? Masalah utama ialah kita tidak berani untuk keluar dari kepompong dan tempurung tersebut. Kerana apa? kerana bimbang, takut, merasa tidak mampu, merasa malu, rasa rendah diri. Sifat-sifat yang tidak seharusnya ada pada diri kita. untuk menjadi seorang yang berjaya... keyakinan adalah satu perkara yang harus ada pada setiap individu.. Buang sifat malu...buang sifat rendah diri...buang segala sifat-sifat negetife..suatu hari nanti pasti sinar sedang menanti.....LU FIKIR LA SENDIRI....

Thursday, February 18, 2010

KALAU.......

KALAU.....perkataan yang seperti sudah sinonim dalam kehidupan seharian. KALAU.... maksud di dalam kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, aku pun tak pasti....(tak sempat buat rujukan). Tapi bila di perhati dan di analisa lebih kepada sesuatu yang tak patut kita ucap. Kalau aku tak buat macam ni dah tentu tak jadi macam ni, begitu lah setiap kali ucapan pada awalnya menggunakan perkataan KALAU... kenapa perkataan ini selalu menjadi kegemaran...adakah itu satu perkataan penyesalan atau satu perkataan untuk menyedap hati. Andai KALAU itu boleh menjadi pokok dan bercambang menjadi duit, sudah tentu ramai di kalangan kita menjadi jutawan atau lebih lagi menjadi bilionaire. Jadi bagaimana hendak mengikis perkataan KALAU dalam hidup kita. Hanya kita yang mampu memberi jawapan.. rebut peluang yang ada... jangan sampai suatu hari nanti perkataan KALAU akan terkeluar dari mulut kita...'Menyesal dulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna'