Monday, December 21, 2009

SERIKIN... SYURGA MEMBELI BELAH...

Gerai yang terdapat di pasar Serikin

Sudah empat hari aku berada di rumah mertua aku di Kuching, Sarawak.  Hari kedua aku berada di sini aku sudah pergi ke tempat membeli belah kegemaran ku, bukan saje aku malahan aku rasa sesiapa saja yang pernah sampai ke Sarawak dan tahu tempat ni, pasti tidak lepas kan peluang nak pergi ke tempat syurga membeli belah... hhehehehe promote tu. Serikin nama tempat tu, hanya dibuka pada setiap hari sabtu dan Ahad (separuh hari)  sahaja.

 

Tengah memilih seluar 'jeans' yang mana berkenan.

Aku pergi ke tempat ni bukan apa, perkara yang wajib aku beli...... seluar 'jeans' sebab dekat sini habis 'jin' menjual dengan harga yang murah-murah. Kualiti yang sama dengan yang original gerenti puas hati. Sebabnya ia dikilangkan di Indonesia dan untuk pasaran Indonesia di jual di Malaysia. Bayangkan Levis 505 dijual dengan harga RM 32 sahaja, manakala jenama lain seperti BMW, BOSS, FERRARI, MERCEDEZ BENZ di jual dengan harga RM60 ke RM80... pe lagi borong sakan... tetapi hati-hati rakan-rakan kalau mau membeli belah di sini... takut tertipu, sebab barang tidak bole ditukar... Kalau mahu pergi ke sini jangan lupa bawa rakan-rakan kita yang memang asal dari Sarawak...boleh tawar menawar silap hari boleh dapat lagi murah. Selain dari dari pakaian terdapat juga barang dapur serta barang keperluan lain termasuk juga tikar Sarawak yang menjadi kegilaan kaum-kaum hawa dari semenanjung... tapi ingat berhati-hati jangan sampai tertipu kerana orang-orang dari Indonesia juga ada menjual tikar ,hahaha silap hari bulan beli tikar Indon...bukan dari Sarawak.

 

Pasar tamu Serikin

Jadi pendek kata...segala yang anda inginkan ada di sini, kalau rakan-rakan datang berkunjung ke Sarawak jangan lupa pergi ke Serikin, rakan-rakan boleh membeli-belah di sini, tapi jangan sampai poket rakan-rakan kosong terlebih belanja... kalau tidak percaya..tanya rakan-rakan yang pernah datang ke sini..

CUTI-CUTI MALAYSIA 

Sunday, December 6, 2009


khasiat lobak....

 NAMA VERNAKULAR: Lobak merah

NAMA SAINS : Daucus carota

Lobak merah merupakan sayur yang mempunyai banyak khasiat .Lobak merah mengandungi beta carotene, vitamin B dan C , alpha carotene, klasium, dan potasium . Ia adalah baik untuk menguatkan sistem pertahanan badan untuk melawan peyankit. Ia juga meningkatkan pertumbuhan sel-sel- baru dan membuang toxic dalam badan .
Jus lobak merah boleh dijadikan sebagai minuman dan ia juga digunakan untuk baiki keadaan kulit kita. Lobak merah adalah amat berguna untuk mengurangkan masalah sakit jantung , diarrhea , dan juga mengatasi selsema iaitu dengan membentuk antibodi dalam badan.

Selain itu Lobak Merah juga kegunaannya memanaskan badan. Ia juga melancarkan aliran haid dan air kencing.


LOBAK PUTIH.

Lobak putih juga dikatakan mengandungi kandungan khasiat yang tinggi dan sering dikaitkan dengan mereka yang mengalami masalah penghadaman. Masalah perut meragam sering kali berlaku akibat ketidakhadaman makanan dan ia bukan sahaja menyakitkan tetapi turut menyebabkan seluruh badan terasa tidak selesa.Salah satu kaedah dalam perubatan tradisional untuk mengubati masalah perut meragam ialah dengan menggunakan lobak putih.

Selain daripada masalah ketidakhadaman makanan, lobak putih juga baik dimakan oleh mereka yang menghidap bronkitis, sakit tenggorok, asma, batuk dan selesema.Ia bertindak menentang bakteria, menguatkan limpa serta mempunyai kesan-kesan antipiretik. Berasal dari keluarga crucifera, lobak putih juga sesuai dimakan sebagai ulam terutamanya di kalangan mereka yang mengalami masalah kencing tidak lawas.

Di sini juga saya nak kongsi sedikit tips untuk buat sup lobak putih. Dikatakan Sup ini adalah baik untuk kesihatan buah pinggang….dan juga untuk ibu2 yg menyusukan anak…
Cara-caranya mudah sahaja…

1. Hiris bawang merah , bawang putih dan halia. Tumis dalam minyak yang sedikit.
2. Masukkan 3 cawan air dan rangka ayam.
3. Biar ia mendidih selama 15 minit. Masukkan serbuk pati ayam dan garam.
4. Akhir sekali, masukkan lobak putih yang telah dihiris bulat.
5. Biar ia mendidih sebentar dan boleh dihidangkan.
6. Boleh dihias dengan daun bawang dan daun sup dan tabur bawang goreng semasa menghidang

RUMPUT DAN KASIH SAYANG...

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar.  Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.  Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?.  Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh.  Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke  padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga.  Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu,  pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali.  Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok.  Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.
 
Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya.  Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.
 
Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik.  Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi..  Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik.  Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya.  Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu.  Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya.  Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku.  Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang.
Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang
menggugat perhubungan tersebut.
  Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi.
KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi.  Maka sayangilah orang yang berada di depan kita
dengan tulus dan ikhlas.

SAYANGILAH MEREKA YANG TERSAYANG!!!

Renung-renungkanlah .....